Terma dan Syarat

1. Terma-terma dan Syarat-Syarat Tempahan
Hayat Acai Berry - DUN Kota Damansara aka "beriacai.blogspot.com" menawarkan produk jenama Hayat Acai Berry - SuperFruit Antioksidan secara online dan offline untuk kegunaan pelanggannya. Dengan membuat tempahan di website ini atau pun di premis kami bermakna anda bersetuju dengan segala terma dan syarat yang ditetapkan seperti yang termaktub dalam di dalam halaman ini dan mengikut perubahannya dari semasa ke semasa bermula pada tarikh ianya dipaparkan.

Anda seharusnya meneliti terma-terma dan syarat-syarat ini pada setiap kali anda melayari laman web ini kerana ianya merupakan suatu syarat yang wajib dipatuhi.

Tiada kontrak diwujudkan di antara anda (Pembeli, Pelanggan) dan kami (Penjual) sehinggalah kami mendapat makluman dan penerimaan tempahan anda serta bayaran yang ditetapkan di dalam Invois. Kami akan menghubungi anda dalam tempoh satu (1) - tiga (3) hari bekerja bagi mengesahkan penerimaan bayaran berkenaan. 


Jika anda tidak menerima emel kami dalam tempoh tersebut, sila hubungi kami melalui telefon ataupun email. Setelah kami menerima bayaran tersebut dan pengesahan mengenainya dibuat secara lisan atau bertulis barulah perjanjian termeterai dan wujud kontrak yang sah di antara anda dan kami. 


Semua maklumat-maklumat anda yang berurusan dengan kami adalah dirahsiakan dan tidak akan dijual, digunakan dan dipaparkan kepada mana-mana pihak tertentu tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan daripada pemilik asal.

Sila semak email dari pihak kami samada didalam folder inbox atau folder spam selepas anda melakukan sebarang urusniaga.


2. Penghantaran
Penghantaran hanya akan dibuat setelah bayaran kos penghantaran dibuat. Barangan tidak akan dihantar selagi kos penghantaran tidak dijelaskan.

Penghantaran barangan anda adalah mengikut alamat yang diberikan semasa tempahan dibuat. Sekiranya berlaku perubahan alamat, kos penghantaran mungkin akan berubah. Sekiranya ini berlaku, anda dikehendaki membuat bayaran perbezaan tersebut sebelum penghantaran dapat dibuat.

Untuk memudahkan urusan penghantaran, kami menggunakan perkhidmatan kurier PosLaju sahaja. Bagaimanapun, anda boleh melantik agen penghantaran atau datang sendiri ke pejabat kami untuk mengambilnya. Kami akan memberikan Nombor Rujukan Penghantaran (Tracking Number) yang dikeluarkan oleh PosLaju untuk memudahkan anda membuat semakan dengan cawangan PosLaju berhampiran kawasan anda ataupun anda boleh menyemak sendiri di halaman web www.poslaju.com.my

Tempoh penghantaran adalah bergantung kepada mod penghantaran dan destinasi. Penghantaran melalui PosLaju hanya mengambil masa di antara satu atau dua hari bekerja bagi destinasi bandar-bandar utama di Malaysia. Bagaimanapun, tempoh ini mungkin lebih panjang jika destinasinya agak jauh di pedalaman. Anda hendaklah menyemak sendiri dengan PosLaju di tempat anda untuk mengetahui dengan lebih tepat mengenai perkara ini.


3. Risiko
Penghantaran melalui PosLaju dijamin selamat. Walaubagaimana pun kami tidak boleh dipertanggung jawab di atas sebarang kerosakan dan kecacatan barang semasa proses penghantaran dibuat oleh pihak PosLaju. 


4. Warranti
Semua barangan yang dibekalkan oleh kami dijamin berada dalam keadaan baik mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang kecacatan, sila maklumkan kepada kami secara lisan/bertulis dalam tempoh 24 jam. Kami akan berusaha untuk mencari penyelesaiannya. 


5. Had Tanggungjawab
Kami akan bertanggung jawab di atas segala proses pembungkusan sebelum penghantaran. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyemak jumlah tempahan dan juga jumlah bayaran. Jika terdapat kesilapan sila maklumkan secara bertulis atau email kepada pihak kami dengan kadar yang segera.


Persetujuan melalui telefon diterima. Tetapi kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesalahan yang bakal berlaku kelak samada ianya datang dari pihak kami atau pihak anda sendiri.

Kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa jua kesilapan selepas pengesahan order yang dilakukan walaupun kesalahan tersebut datangnya dari pihak kami atau pihak anda sendiri. Selepas dipersetujui anda sebagai pelanggan secara rasmi telah memberi kebenaran untuk kami menghantar barangan yang ditempah. Kami akan bertanggungjawab sekiranya order yang ditempah berlainan dengan order yang telah dipersetujui. Kami berhak mengantikan yang baru atau memberi diskaun di atas kesilapan yang telah kami lakukan.

6. Pembatalan Tempahan
Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat jika proses penghantaran belum dilaksanakan. 


Jika pembatalan dibuat dalam tempoh 24 jam, kami akan mengembalikan semua jumlah bayaran yang telah dijelaskan.

7. Polisi Privasi
Tujuan kami menyimpan maklumat yang anda berikan adalah khusus untuk memproses tempahan anda dan memberikan perkhidmatan terbaik berhubung dengan tempahan atau pesanan anda. Kami tidak akan dengan secara sengaja memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga. 


8. Penggunaan Semula
Kami berhak menggunakan testimoni dari pelanggan untuk tujuan promosi sama ada dipaparkan di halaman web ini atau pun diguna pakai sebagai contoh jualan. 


Sekian.

Diubah Suai Kali Terakhir Pada 01 March 2012 oleh DBK Network