FAQ



S : Adakah produk ini sesuai untuk pesakit Diabetes?
J : Produk Hayat Acai Berry sesuai untuk diamalkan oleh pesakit Diabetes. Testimoni pengguna sejak dilancarkan pada bulan Jun 2011 menunjukkan prestasi yang membanggakan. Namun mereka dibenarkan untuk mengamalkan hanya 1 botol sehari, setiap kali sebelum sarapan pagi.

S : Adakah produk ini sesuai untuk kanak-kanak?
J : Produk Hayat Acai Berry juga sesuai untuk diamalkan oleh kanak-kanak yang berumur antara 2 tahun keatas. Namun mereka hanya dibenarkan untuk mengamalkan 1 botol sahaja sehari, setiap kali sebelum sarapan pagi.

S : Bagaimana produk Hayat Acai Berry diproses?
J : Syarikat Hayat Network Sdn Bhd bertanggungjawab menguruskan urusan import buah Acai Berry terus dari Brazil. Syarikat kemudiannya memilih sebuah kilang di China untuk memproses dan membotolkan produk. Pemilihan kilang di China ini bagi mengurangkan kos produksi dan akhirnya penjimatan ini dapat dinikmati oleh pengguna.

S : Adakah produk Hayat Acai Berry Halal?
J : Hayat Acai Berry disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebuah produk makanan berasaskan buah-buahan. Hayat Acai Berry juga telah mendapat sijil Halal dari China Islamic Association (No. Rujukan 12-011), sebuah badan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

S : Bagaimana aturan mengamalkan produk Hayat Acai Berry?
J : Pengguna digalakkan agar mengambil 2 kali sehari. Iaitu setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum makan malam. Bagi sesetengah pengguna hanya cukup dengan mengambil 1 kali sehari. Iaitu hanya setiap pagi sebelum sarapan. Ia bergantung kepada tahap imun badan dan kesihatan masing-masing.

S : Adakah produk Hayat Acai Berry berdaftar dengan Kementerian Kesihatan?
J : Ya. Produk Hayat Acai Berry berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Produk telah dikategorikan sebagai produk makanan oleh Bahagian Kualiti & Keselamatan Makanan, Kementerian Kesihatan.

S : Mengapa tiada nombor pendaftaran MAL dari Kementerian Kesihatan pada kotak produk Hayat Acai Berry?
J : No. MAL adalah khas untuk produk ubat dan hanya produk ubat sahaja wajib diletakkan pada label/kotak produk sementara produk Hayat Acai Berry yang dikategorikan sebagai produk makanan TIDAK dibenarkan meletakkan nombor rujukan.